News

 

Ceramah Sempena Menyambut Ma'al Hijrah 1432H

Posted on 10 Dec 2010

Ceramah Ma'al Hijrah 1431HPETRA JAYA, KUCHING : 1 Muharram 1432 Hijrah. Sesungguhnya tahun baharu hijrah mengingatkan kita kepada sejarah penghijrahan Nabi Muhammad S.A.W. dari Kota Makkah ke Kota Madinah. Penghijrahan Rasulullah ke Madinah menyaksikan pembentukan negara Islam Madinah serta kejayaan ulung baginda mempersaudarakan kaum Muhajirin & Ansar.

Sehubungan itu, satu sesi ceramah telah diadakan oleh Kementerian Perancangan Dan Pengurusan Sumber sempena menyambut Ma'al Hijrah 1432H pada 3 Disember 2010 (Jumaat) yang lepas bertempat di Bilik Mesyuarat KPPS, Tingkat 3, Wisma Sumber Alam. Ia turut dihadiri oleh kakitangan Jabatan Hutan, Kementerian Kemudahan Awam dan PUSAKA.Picture

Hijrah membawa pengertian yang sangat luas. Ia merangkumi perpindahan kepada kehidupan yang lebih baik, mulia dan lebih bermakna yang mana sentiasa berada dalam lingkungan rahmat dan keredhaan Allah S.W.T. Umat Islam diseru agar berhijrah melalui 3 dimensi iaitu penghijrahan akhlak, ilmu pengetahuan dan ibadah. Penghijrahan melalui akhlak daripada tidak baik kepada baik atau daripada baik kepada lebih baik. Begitu juga penghijrahan daripada tiada ilmu atau ilmu yang sedia ada kepada berilmu atau ilmu yang baru yang boleh memberi manfaat kepada diri sendiri, keluarga, masyarakat, bangsa, negara dan agama. Selain itu, Umat Islam hendaklah berhijrah daripada menjalankan kewajipan kepada Allah S.W.T. melalui Rukun Islam sahaja tetapi perlu mempertingkatkan lagi ibadah dengan melakukan ibadah-ibadah sunat untuk mendapat keredhaan dan memperkukuhkan keimanan kepada Allah S.W.T. Ceramah tersebut telah disampaikan oleh Ustaz Sarbini Dahlan.



Copyright © 2024 Ministry of Natural Resources and Urban Development
Last Updated On 03 May 2024

Operating Hours

Monday - Thursday
8:00am to 1:00pm & 2:00pm to 5:00pm

Friday
8:00am to 11:45am & 2:15pm to 5:00pm

Saturday, Sunday & Public Holiday
Counter closed
Polls
Announcement