News

 

5S Internal Audit

Posted on 26 Nov 2010

PETRA JAYA, KUCHING : Sijil Pembaharuan 5S (2010/2011) bagi Kementerian Perancangan Dan Pengurusan Sumber telah diperolehi daripada Malaysia Productivity Corporation (MPC) pada 10 November 2010 yang lalu. Pihak pengurusan atasan kementerian mengucapkan jutaan terima kasih kepada semua kakitangan yang telah memberi kerjasama dalam menjayakan program untuk mendapatkan persijilan tersebut. Semua kakitangan kementerian disarankan agar sentiasa mengamalkan amalan 5S dalam kehidupan seharian untuk menjamin kebersihan dan keceriaan di persekitan kerja dan ruang pejabat.

Dalam pada itu, Jawatankuasa Audit Dalaman 5S Kementerian Perancangan Dan Pengurusan Sumber telah merancang untuk mengadakan audit dalaman pada masa yang terdekat. Sehubungan itu, pada 25 November 2010 yang lepas, Jawatankuasa Audit Dalaman 5S telah mengadakan audit di semua ruang pejabat kementerian termasuk di Bangunan Wisma Sumber Alam yang menempatkan Pejabat Menteri/Setiausaha Tetap, Bahagian Pentadbiran/Hutan dan Bahagian Tanah selain di Bangunan Baitul Makmur yang menempatkan Bahagian Perancangan. Keputusan audit akan diketahui pada hari ini (26 November 2010).



Copyright © 2024 Ministry of Natural Resources and Urban Development
Last Updated On 03 May 2024

Operating Hours

Monday - Thursday
8:00am to 1:00pm & 2:00pm to 5:00pm

Friday
8:00am to 11:45am & 2:15pm to 5:00pm

Saturday, Sunday & Public Holiday
Counter closed
Polls
Announcement