News

 

Majlis Bersama Jabatan (MBJ) Suku Ke-4

Posted on 27 Dec 2010

Mesyuarat MBJ Suku Ke-4KUCHING, SARAWAK : 23 Disember 2010 (Khamis) telah diadakan Majlis Bersama Jabatan (MBJ) bagi Kementerian Perancangan Dan Pengurusan Sumber Sarawak (KPPS) serta Lembaga Pembangunan Dan Lindungan Tanah (PELITA). Ia adalah merupakan mesyuarat suku ke-4 bagi tahun 2010. Mesyuarat tersebut telah dipengerusikan oleh Datu Wan Alwi Bin Dato Sri Wan Hashim, Setiausaha Tetap, Kementerian Perancangan Dan Pengurusan Sumber Merangkap Pengerusi, Majlis Bersama Jabatan bagi KPPS/PELITA.

PictureAntara agenda mesyuarat tersebut ialah untuk membincangkan isu-isu bagi pihak pekerja yang mana boleh disampaikan terus kepada pihak majikan. Seramai 45 orang kakitangan yang menghadiri mesyuarat pada kali ini. Ia turut dihadiri oleh ketua-ketua bahagian dan kakitangan PELITA. Sementara itu, Pengerusi mengingatkan agar semua kakitangan sentiasa bekerja bersungguh-sungguh dan amanah terhadap tanggungjawab yang telah diberikan oleh kerajaan untuk kebaikan semua pihak.



Copyright © 2024 Ministry of Natural Resources and Urban Development
Last Updated On 03 May 2024

Operating Hours

Monday - Thursday
8:00am to 1:00pm & 2:00pm to 5:00pm

Friday
8:00am to 11:45am & 2:15pm to 5:00pm

Saturday, Sunday & Public Holiday
Counter closed
Polls
Announcement