Kementerian Sumber Asli dan Pembangunan Bandar merupakan Kementerian yang terawal dalam sejarah Kabinet negeri Sarawak. Penggunaan sumber semulajadi secara lestari cetusan idea dan aspirasi mantan YAB Ketua Menteri/ Menteri Perancangan Sumber dan Alam Sekitar iaitu Tun Pehin Sri Hj Abdul Taib Bin Mahmud (Tuan Yang Terutama Negeri Sarawak) terus kekal sebagai agenda strategik yang mendasari operasi harian Kementerian ini. Ia bukan penyataan semata-mata malah turut difahami dan dihayati di semua peringkat kakitangan di Kementerian Pembangunan Bandar dan Sumber Asli. Inilah natijah komitmen pengurusan tertinggi yang telah mengambil inisiatif untuk membangkitkan kesedaran, memantau pelaksanaan, menilai keberkesanan dan memperkemaskan pelaksanaan dasar tersebut dari masa ke masa.
Ministry of Natural Resources & Urban Development(HQ)
Level 3, 15 & 16, Wisma Sumber Alam,
Jalan Stadium, Petrajaya,
93050 Kuching, Sarawak
Ministry of Natural Resources & Urban Development (Planning Division)
Level 1, Bangunan Batulmakmur
Medan Raya, Petrajaya,
93050 Kuching, Sarawak
(Tel) 082313811
(Fax) 082313810
mudenr@sarawak.gov.my