HUBUNGI KAMI

KEMENTERIAN PEMBANGUNAN
BANDAR & SUMBER ASLI
Tingkat 3, Wisma Sumber Alam, 
Jalan Stadium, Petra Jaya, 
93050 Kuching,Sarawak
TEL :+6 082 313 811(HQ)  | +6 082 311 000 (Bhg.Perancangan)  | FAX : +6 082 313 810  | EMAIL : abduls10@sarawak.gov.my

hit counter

Kemaskini Pada: 10 Dis 2018
 
Penyediaan Manual Prosedur Kerja (MPK) dan Fail Meja (FM)
Tarikh : 29 Sep 2016
 

Sesi perkongsian ilmu ini telah diadakan pada 26 September 2016 bagi memberi pendedahan kepada para pengawai di kementerian dalam menyediakan Manual Prosedur Kerja dan Fail Meja yang seragam berdasarkan Pekeliling Kemajuan Pentadbiran Awam Bilangan 8 1 Tahun 1991. Sesi perkongsian ilmu juga merupakan salah satu usaha kementerian untuk memastikan semua pegawai dapat memenuhi jam latihan dalam setahun. Penyediaan Manual Prosedur Kerja dan Fail Meja bagi kementerian juga mengambil kira teguran-teguran yang dibuat semasa sesi Pengauditan Terhadap Pengurusan Kewangan Berdasarkan Indeks Akauntabilti  yang lepas.

2. Kandungan sesi perkongsian ilmu ini adalah seperti di bawah:

  • Punca Kuasa Penyediaan Manual Prosedur Kerja dan Fail Meja yang merujuk kepada pekeliling yang berkaitan;
  • Konsep Manual Prodsedur Kerja dan Fail Meja;
  • Perbezaan di antara Manual Prosedur Kerja dan Fail Meja;
  • Kebaikan Manual Prosedur Kerja dan Fail Meja;dan
  • 8 Ciri Manual Prosedur Kerja dab 14 Ciri Fail Meja

3. Taklimat yang disampaikan oleh Bahagian Pentadbiran dan Khidmat Korporat ini telah dihadiri oelh pegawai-pegawai dari semua bahagian di kementerian diharap dapat memberi gambaran jelas berhubung penyediaan Manual Prosider Kerja dan Fail Meja.